Wanita Ini Dedahkan Rahsia Bagaimana Sahabatnya Mencapai Impian Hidup Dengan Mudah

Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di Facebook Diana Ishak. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.

Semalam entah macamana tiba-tiba aku teringatkan Sang Nila Utama.

Dulu aku menyampah betul kat dia. Aku rasa dia ni kalau sembang bab dunia memang payah. Nak kata dia ni ambik mudah hal dunia, tak jugak. Sebab dia bukan malas. Dia bekerja. Tapi kalau kau nak ajak bersembang pasal vacation, pasal shopping, pasal beli branded items, dia bukan orangnya.

Aku rasa life dia ni boring. Sebab dia kata dia tak pernah bawak famili dia bercuti. Dalam negara pun tak, luar negara apetah lagi. Istilah cuti adalah balik kampung.

Aku sibuk shopping periuk belanga Kenwood Tefal Noritake, dia shopping periuk belanga kat Padang Besaq je.

Aku shopping baju raya anak-anak kat mall, branded items, dia shopping baju sendiri kat Billion. Baju raya anak-anak kat Hari-Hari.

Aku sibuk nak upgrade rumah, pindah sana sini, renovate sana sini, tapi dia masih di rumah yang sama, dan isi rumah dia simple je.

Itu cerita 5 tahun dulu.

Selalunya dalam masa 5 tahun kebanyakan kita mesti dah upgrade lifestyle. Paling tak, mesti ada pembaharuan pada diri yang nampak di mata orang.

But not Sang Nila Utama.

Dia masih macam tu jugak. Tak kisah nak bercuti macam orang lain, tak kisah nak berbelanja macam orang lain.

Aku tau dia mampu pakai Porsche, tapi dia pilih Wish je.

Aku pernah kelebet file dalam bilik dia and terpandang kan tax dia, aku tau dia mampu beli Rolex every month. Tapi dia pakai Swatch je.

Pelik. Kedekut ke hape dia ni??

Tapi sepanjang aku kenal dia, dia sentiasa dapat apa yang kebanyakan kita semua impikan. Bezanya dia dapat dengan tak perlu bersusah.

Kebanyakan kita nak pi bercuti spend duit gila-gila.

Dia tak pernah bawak famili pi bercuti. Tapi Tuhan sentiasa aturkan dia dapat ‘bercuti’ ke tempat-tempat yang kita semua nak.

Dia pernah dihantar kendalikan project syarikat ke Jeddah for 2 years.
Sefamili tinggal sana. Dapat buat umrah setiap minggu. Jeles!

Pastu dia handle project di UK selama setahun. Company tanggung sefamili ke sana. Bercuti ke Paris, ke mana-mana di sana for free!  Jeles.

Handle project lain pulak di LA for 3 months. Company nak dia concentrate dengan project jadi company suruh bawak keluarga sekali ke sana, semuanya ditanggung.

Kat sana company tanggung percutian ke mana-mana dia nak pergi sebab kebetulan dia ke sana pada bulan puasa and raya (company rasa bersalah kot).

Dah lama dia tak menulis di blog aku, sebab dia travel sana sini – NZ, Sydney, Beijing, HK, Tokyo, Cape Town. Semua bawak famili and FREE.

Dia ‘bercuti’ ni ditanggung oleh beberapa company. Sebab 7 company ambil dia sebagai endorser dek kerana signature dia yang mahal tu.

Sampai aku cakap “You buat apa dengan duit yang banyak-banyak? Simpan ke apa?”

Dia cakap duit yang banyak, bukan untuk kita guna sewenangnya. Ambil sekadar perlu. Setakat nak beli baju, cukup baju yang selesa, yang cantik, yang kemas, yang sesuai dengan majlis. Di Billion pun ada.

Bercuti tu untuk merehatkan fikiran. Di mana-mana pun boleh. Balik kampung pun namanya bercuti.

Rumah nak cantik-cantik sangat nak tunjuk kat siapa? Nak tunjuk kat orang, hari-hari ke orang datang rumah kita? Cukup sekadar rumah sedap mata memandang kerana yang tinggal dalam tu adalah kita.

Dia perli aku “Puas ke dapat pakai henbeg Chanel?”

Aku jawab “Puas jugak“.

Dia jawab “Sebab mahal kan? Kalau beg murah mesti tak puas. Puas bukan sebab dapat pakai tapi puas sebab tak ramai mampu beli, right?”

Terasa kena lempang dengan terompah kayu.

Ambil duit sekadar perlu. Bayar bill. Bayar hutang rumah, kereta. Belanja isi rumah. Makan sikit-sikit. Simpan sikit dalam bank. Selebihnya pulang pada yang berhak.

“Siapa?” aku tanya.

Ramai. Mak bapak. Saudara-mara yang susah. Masjid. Pusat tahfiz. Rumah anak yatim. Rumah orang tua.

Dia ajar aku.

Ada RM10000 kat tangan.

RM6k sedekah.
RM4k je kita punya.
Pandai-pandai manage dengan 4k.
Duit kalau banyak memang senang nak manage.
Tapi kehebatan kita adalah bila kita tau manage duit yang sedikit.

Salah satu lot kedai yang dia beli, dia tak sewakan pun. Aku tanya apesal tak sewa?

Dia cakap “Saje je“. Rupanya dia beli that lot semata-mata nak jadikan surau untuk kegunaan orang ramai.

Mungkin sebab tu la hidup dia selalu dipermudahkanNYA. Dia mampu miliki everything tapi dia pilih untuk hidup sangat sederhana. Tapi dia sentiasa dapat apa yang orang lain juga nak. Bezanya, tanpa bersusah-payah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s