Cara Nabi Berinteraksi Dengan Anak Kecil

Walaupun aku masih bujang, tapi biarlah sedari awal muda belia aku belajar dan ambil perhatian bab-bab cara didikan anak ni. Supaya aku tak menyesal di kendian hari bila anak tak nak dengar cakap.

Semalam dalam kelas QPT – Quranic Prophetic Text, kami sambung pelajaran hadith yang ke-5.

احفظ الله يحفظك. احفظ الله تجده تجاهك.

Hadith ni panjang lagi. Dari umur 18 aku dah jumpa dan hafal. Tapi baru semalamlah aku belajar penerangannya.

Dalam hadith ni ada sejenis uslub bahasa Arab namanya الاطناب. الاطناب ni maksudnya lafaznya banyak, maknanya sedikit. Dengan kata lain, sebenarnya kita nak cakap pasal isu A saja, tapi kita terangkan pepanjang dan bagi contoh pulak untuk menguatkan. Nabi ulang-ulang penekanan dalam bab menjaga hak Allah ni banyak kali.

Tapi kenapalah kena banyak kali? Nabi bercakap dengan siapa sebenarnya ni?

Hadith ni antara Nabi saw dengan Ibn Abbas. Waktu tu Ibn Abbas ni kan budak kecik? Kau mestilah tahu nature budak-budak ni.

Depa ni manalah reti duduk diam. Lepas tu aktif ke sana ke sini. Kita cakap kat telinga kiri, dia keluarkan kat telinga kanan. Budak-budak ni memang susah nak bagi perhatian pada sesuatu benda.

Maka, dalam hadith ni, Nabi mulakan dengan sebut, “Ya Ghulam!” – Wahai budak! Supaya Ibn Abbas perasan namanya dipanggil Nabi dan boleh letakkan fokus.

Lepas tu, Nabi dok ulang-ulang penerangan pasal bab jaga hak Allah ni. Sebabnya kanak-kanak ni perlukan pengulangan. Supaya depa boleh ingat dan tanam dalam-dalam kat hati.

Dan Nabi juga syarahkan tajuk jaga hak Allah tu. Nabi kenalah syarah kat Ibn Abbas ni. Supaya dia faham dan jelas apa sebenarnya yang Nabi nak sampaikan.

Sebab itu bila bercakap dengan anak, seru dan panggillah nama dia sebaik mungkin. Janganlah kau menjerit-jerit macam orang gila. Seru baik-baik dan panggil dengan nama yang dia suka. Itulan anak kau sendiri?

Dan kau tak payahlah nak marah-marah bila anak kau tak boleh dengar cakap sekali dua. Dah jadi nature bebudak leka main dan tak bagi perhatian ni. Kau sebagai ibubapa, sepatutnya kaulah yang kena bersikap matang. Ulang je balik menda-menda kau dah pesan tadi. Repetition is the mother of knowledge, tahu?

Dan janganlah kau merungut-rungut marah bila anak kau minta penerangan itu ini. Budak-budak ni memang penuh dengan rasa ingin tahu. Jangan sekali-kali kau nafikan hak anak kau untuk cari tahu perkara-perkara dalam hidup. Kau terangkan jelah dengan cara baik. Untung-untung dia boleh faham cepat dan praktikkan benda-benda yang kau pesan tu dengan bijak sebab dia dah faham.

Inikan cara Nabi interaksi dengan budak kecik. Siapa lagi yang akhlak dan caranya lebih baik dari Nabi?

Samada kau mula amalkan sekarang atau kau ego dan abaikan. Lepas tu dah tua nanti barulah nak nyesal-nyesal.

Sumber: Aina Wafi Ab Kadir

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s