4 Perkara Penting Yang Menyebabkan Loan Anda Diluluskan.

Apa yang nak saya kongsikan kali ini adalah berkenaan 3 langkah yang perlu kita ambil cakna bagi memudahkan loan kita diluluskan, oleh sebab kebelakangan ini ekonomi kita agar terbantut sedikit, jadi saya nak share sikit beberapa tips yang saya dapat dari website takaful great. Antaranya ialah:

documents 420 × 340

1#   Dokumen yg mencukupi

Biasanya kalau nak apply loan, dokumen2 yg nak disediakan termasuklah salinan IC, slip gaji 3 bulan terkini, penyata KWSP terkini, bank statement yg masuk gaji 3 bulan terkini.

 Mana nak dapat benda ni semua? Kalau bank statement boleh print online atau pergi ke mana2 cawangan bank kita dan request utk dptkn statement.
Biasanya ada caj dikenakan seperti RM1 setiap 1 muka surat dicetak.
Bayaran ni biasanya ditolak terus dari akaun kita tu. KWSP pulak kita boleh print dari kiosk KWSP ataupun secara online di website KWSP. Tapi yg online ni kenalah sign in sebagai ahli portal dulu.
Bagi yg bekerja sendiri atau berniaga pun lebih kurang sama. Sediakan sijil SSM dan 6 bulan bank statement yg menunjukkan kemasukan hasil perniagaan atau punca pendapatan tu.
Tips : Untuk kesihatan kewangan nampak cantik dan elok, ada baiknya kita plan siap2 setiap kemasukan duit. Walaupun nilai kecil, tapi kalau kita masukkan ke dalam akaun, dia akan memberi nilai tambah pada kesihatan kewangan kita. Lagi banyak kemasukan lagi bagus! Apa saja punca duit yg kita dapat, eloklah dibank in kan ke dalam akaun. Jangan simpan je dalam wallet sampai gemuk!
ccris-bank-negara 900 × 600.jpg

2# CCRIS yang bersih lagi suci.

CCRIS (Central Credit Reference Information System) ni ialah report yg boleh menunjukkan tabiat kita meminjam dan membayar balik pinjaman.
Report ni boleh didapati dari Bank Negara. Masa kita apply loan, pegawai yg uruskan loan kita yg akan amek report ni utk dinilai. Kalau pd CCRIS kita tu semua nombornya ‘0’ maka memang cerahlah harapan bank nak jadi kawan baik kita. Kalau kat CCRIS asyik nampak nombor 1 2 3, maka kuburkanlah saja harapan nak bercinta dengan bank tu.
Memang sebelah mata dia x pandang. Macam mana nak pastikan CCRIS bersih? Bayar semua komitmen loan sebelum due date. Itu saja. Very easy.
Kalau tak reti nak bayar ontime, sila bayar sebulan in advance. Kalau dah tahu gaji 25hb dan due date loan kereta ialah 23hb, maka kena la bayar loan kete tu guna gaji bulan lepas. Jangan la tunggu gaji bulan ni jugak.
ctos 905 × 475.jpg

3#   Bebas dari CTOS.

CTOS (Credit Tip Off Services) ialah pengkalan data yg boleh menyemak sama ada kita pernah bankrap atau disaman oleh institusi kewangan. Kalau kita pernah tersenarai dalam CTOS, nampaknya gelap juga masa depan untuk mendapat loan. Nak kena clearkan nama dulu, barulah bank terbuka hati nak terima kita.
Tips : Kalau nak cepat bersih dari CTOS, rajin-rajinlah jumpa pegawai yg uruskan kes kita. Tunjukkan kebaikan dan kebolehan kita mengurus kewangan. Zahirkan bukti-bukti kemampuan kita menangani isu kewangan kita.
dslr 1280 × 690.png
  • 4 # Dsr mesti cun
DSR (Debt Service Ratio) ialah ukuran hutang terhadap pendapatan kita. Contoh pendapatan RM10000. Komitmen bank RM5000 sebulan. Maknanya DSR kita 50%.
Kalau Komitmen RM8500, maknanya DSR kita 85%. DSR ditawarkan biasanya berbeza-beza mengikut bank, gaji dan jenis pinjaman. Kalau pinjaman perumahan, DSR yg diberi biasanya lebih tinggi. Lagi tinggi gaji, DSR juga akan lebih tinggi. Kesimpulannya, orang bergaji banyak akan dapat pinjam lagi banyak. Maka, sila banyakkan gaji anda!
Tips : Untuk menambahkan nilai pendapatan selain dari yg makan gaji, rekod kemasukan dan bukti pendapatan mesti ada.
Contoh kalau ada rumah sewa, kena tunjukkan perjanjian sewaan dan bank statement duit sewa itu dimasukkan. Kalau jadi agen jualan, kena tunjukkan statement pendapatan dan bank statement di mana komisen/point/bonus itu dimasukkan.
Semua pendapatan sampingan sebaiknya ditunjukkan untuk tempoh 6 hingga 12 bulan. Pihak bank akan mengambil nilai purata pendapatan tersebut.
Selalunya 4 perkara ni je yg akan menentukan sama ada kita layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman bank. So tak payah la terjerit-jerit bila bank tak bagi loan. Maknanya adalah salah satu dari 4 perkara ni yg kita tak lepas.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s