Jutawan Automatik Jika Anda Pemilik Rumah!

Jutawan Automatik – Pemilik Rumah

Jutawan Automatik – Pemilik Rumah – Untuk Kaya Dalam Hartanah

Kali ini uncle nak kongsi sikit pasal ilmu yang uncle dapat dalam buku tulisan David Bach (The Automatik Millionaire Homeowner – A Lifetime Plan to Finish Rich in Real Estate).

Part 1 – Jutawan Automatik

Pemilik Rumah Permulaan impian yang kecil.

Jangan menyewa rumah, beli rumah…

Ramai yang tidak mempunyai duit yang banyak untuk membeli rumah impian. Tapi jangan putus asa. Mulakan la dapatkan rumah impian anda dengan membeli rumah yang kecil sebagai permulaan. Deposit rumah adalah antara kos yang besar untuk membeli rumah. Dengan beli rumah kecil, deposit pun kecil. Jika dapat membeli rumah tanpa deposit, ini adalah bonus untuk anda.

Bagi pasangan yang baru memulakan hidup juga pun, mesti akan mempunyai kesukaran untuk membayar ansuran rumah yang tinggi bagi rumah impian, jadi boleh la bermula dengan rumah yang kecil dan bayaran ansuran bulanan yang rendah.

Kemudian, bila anda sudah mempunyai pendapatan yang lebih atau nilai rumah anda telah naik, anda boleh ‘refinance’ rumah tersebut untuk mendapatkan deposit rumah baru, atau menjual rumah tersebut. Anda mempunyai banyak pilihan kemudian.

Jangan terkejut, mungkin rumah pertama yang nilainya rendah anda beli pada mula, mungkin nilainya akan meningkat hingga mencecah jutaan ringgit. Ini la yang dikatakan jutawan automatic juga.

Mula dengan kecil dan menuju kearah rumah impian anda. Selagi anda tidak bermula. Selagi itu anda tidak akan sampai ke destinasi impian anda.

Membayar pinjaman perumahan anda dengan awal dapat memberikan anda penjimatan yang sangat banyak. Jika anda membuat pinjaman konvensional, anda dapat jimat dari bunga yang dikenakan. Jika anda membuat pinjaman Islamic, anda akan dapat jimat dari rebat yang akan diberikan oleh pihak bank.

Jadikan sebahagian besar proses ini automatik dengan membuat bayaran ansuran bulanan yang ditolak secara automatik dari akaun (direct debit). Anda juga boleh membuat perancangan agar penyewa (jika rumah anda disewakan) untuk membayar terus ke dalam akaun bank anda. Selebihnya anda hanya memastikan semua process berjalan dengan lancar.

 

cc: hartanahfulus.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s