1 Bulan Sebelum Serangan Jantung, Badan Anda Sebenarnya Dah Berikan Amaran – Ini ialah 6 Tandanya

serangan-jantung-tanda

Serangan jantung ialah keadaan di mana peredaran darah menuju ke jantung tersekat. Ini biasanya disebabkan oleh penggumpalan darah atau penumpukan lemak, kolesterol, dan lainnya. Gangguan aliran darah ke jantung tersebut boleh merosak atau mematikan otot jantung seterusnya boleh mengakibatkan kematian.

Punca utama terjadinya serangan jantung ini adalah berkait rapat dengan gaya hidup seseorang, seperti pengambilan makanan yang tidak sihat yang berlebihan dan stress. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menggalakkan meningkatnya risiko serangan jantung ini seperti di bawah:

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah
  • Diabetis
  • Merokok
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Sejarah keluarga

Bagaimanapun, setiap individu mampu untuk mengelakkan serangan jantung yang boleh membawa maut ini dengan mengenalpasti tanda-tanda amaran yang ditunjukkan oleh badan kita sendiri yang boleh disedari seawal sebulan.

Berikut merupakan 6 tanda- tanda yang ditunjukkan oleh badan sebagai amaran sebelum serangan jantung:

serang-jantung

1. Tekanan di bahagian dada

Sakit di bahagian dada atau merasa tertekan di bahagian dada merupakan ‘signal’ kepada serangan jantung. Ini merupakan isyarat utama kepada serangan jantung. Kesakitan juga dapat dirasai di bahagian lain contohnya di bahagian lengan, bahu dan bahagian belakang badan.

2. Kesukaran bernafas atau nafas pendek

Jantung dan paru-paru merupakan organ yang berhubung terus antara satu sama lain dan jika terdapat masalah dari salah satu organ ini, ia akan memberi kesan kepada organ yang satu lagi. Oleh itu, jika hampir terjadinya serangan jantung, paru-paru tidak akan menerima darah secukupnya seterusnya mengakibatkan kesukaran bernafas.

3. Badan Lemah

Jika arteri koronari atau arteri-arteri yang lain tersekat, seperti dalam kes serangan jantung ini, bekalan darang ke seluruh anggota badan akan berkurangan. Ini bermakna otot-otot juga tidak mendapat darah yang diperlukan. Ini seterusnya menyebabkan badan menjadi lemah serta menjejaskan otot-otot.

4. Pening

Tanda ini juga berkait rapat dengan peredaran darah dan bekalan darah dalam tubuh terutamanya otak. Otak memerlukan peredaran darah yang lancar untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan darah dalam otak akan mengakibatkan pening berikutan dari kerosakan fungsi pada otak.

5. Keletihan

Keletihan berpanjangan ialah tanda biasa kepada serangan jantung. Keletihan berpunca dari masalah pada sistem peredaran dan berkurangnya aliran darah ke dalam jantung yang seterusnya menganggu fungsi jantung.

6. Simptom seperti Selsema dan Demam

Jika anda ada mengalami simptom seperti ini, anda berisiko mengalami serangan jantung. Tanda ini biasanya tidak lama sebelum mendapat serangan jantung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s