Belajar Minum Air Pada 4 Waktu Yang Betul, Barulah Sihat Dan Cantik!

minum-air

Minum air pun ada cara bukan main bantai je. Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas  makan kerana akan menyebabkan perut buncit. Sebenarnya pantang larang ini adalah demi kebaikan kita.

Okay kali ini, Mingguan Wanita nak kongsi waktu yang betul untuk minum air. Amalkan secara konsisten, insya-Allah kesihatan akan bertambah baik. Paling seronok, amalan minum air pada waktu yang tepat akan membuatkan kita tampak awet muda.

Bangun Tidur

Sebaik sahaja bangun dari tidur, minum air suam 2 gelas. Minum secara perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah. Amalan ini membantu mengaktifkan organ dalaman. Air liur basi yang bercampur dengan air juga membantu membersihkan tubuh kita secara semuajadi. Dalam air liur kita ada enzim yang membantu pencernaan.

30 Minit Sebelum Makan

Amalkan minum air suam atau air putih 1 gelas 30 minit sebelum makan. Ia membantu melancarkan proses penghadaman dan mengawal selera makan. Perut akan berasa kenyang dan membuatkan kita mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit.

waktu-minum-air

Sebelum Mandi

Anda disarankan minum air 1 gelas sebelum mandi. Ia akan membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan kita berasa lebih relaks.

Sebelum Tidur

Jangan terus tidur sebaliknya amalkan minum air putih 1 gelas. Ia dikatakan dapat membantu mengelakkan serangan angin ahmar dan serangan jantung.

 

Sumber: Intan Rohaizat Zakariya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s