Delima Mampu Kurangkan Berat Badan. Ketahui 7 Lagi Kebaikan Buah Ini!

khasiat-delima-jus
Rasanya manis dan berjus membuatkan buah delima jadi pilihan ramai untuk menghilangkan dahaga. Buah delima bukan setakat sedap diminum tetapi popular dalam bidang perubatan dan kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Berikut kami senaraikan kebaikan buah ini.
1. Anti kanser
Buah delima memiliki kesan anti keradangan yang boleh melindungi diri menentang kanser dan penyakit kronik lain. Memiliki sifat-sifat antionkogenik yang boleh membantu mencegah tumor yang sedang membesar untuk mendapatkan bekalan darah, mencegah tumor tersebut daripada menerima zat yang membenarkan bertambah besar. Antara buah yang mengandungi perencat semula jadi aromatase. Ini bermakna boleh menghalang penghasilan estrogen dan cara ini dikatakan boleh mengurangkan kanser payudara.
2. Lindungi daripada penyakit jantung
Fitokimia buah delima dikatakan memiliki sifat-sifat mengurangkan tekanan darah. Malah fitokimia buah delima juga mampu mengurangkan pengoksidaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL).
3. Bantu sistem penghadaman
Buah delima dikatakan mampu membantu sistem tubuh mengeluarkan enzim dengan sifat-sifat antibakteria yang boleh membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan.
4. Khasiat tambahan kepada wanita
Buah delima mengandungi niasin, asid folik, kalium, kalsium, vitamin C, zat besi dan serat yang tinggi. Dengan khasiat yang tinggi ini buah delima dikatakan mampu mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan baik untuk perkembangan bayi.
5. Cantik & sihatkan kulit
Vitamin C yang terdapat di dalam buah delima dikatakan berguna untuk membantu menghasilkan kolagen untuk kulit sihat. Minyak yang di ekstrak dari buah delima boleh disapu pada tubuh. Zat antioksidan yang terdapat dalam buah ini dikatakan akan melindungi kulit daripada pencemaran, serta mencegah penuaan. Selain daripada itu, buah delima juga dikatakan akan meremajakan sel kulit, menghilangkan sel-sel mati dan kulit kusam sehingga membuatkan kulit menjadi sihat dan bersinar.
6. Mengurangkan berat badan
Dikatakan buah delima hebat dalam melawan lemak sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda kurang peluang mengumpul lemak dan membuatkan metabolisme badan meningkat. Setelah makan atau minum buah delima dikatakan badan akan berasa lebih ringan kerana bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
7. Meningkatkan nafsu
Sejak zaman dahulu lagi, buah delima dikatakan telah dipertimbangkan sebagai simbol kesuburan. Menurut kajian, meminum segelas jus delima dikatakan merangsang tahap testosteron wanita dan juga lelaki. Ini menjadikan buah delima adalah afrodisiak asli untuk kehidupan seksual.
8. Rendahkan tahap stres
Jika anda stres, minumlah jus buah delima. Minum jus buah delima boleh merendahkan tahap kortisol, hormon stres yang meningkat dalam situasi yang memberi tekanan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s