Mesti Cuba! 3 Bahan Ini Mampu Membantu Menurunkan Darah Tinggi

patua-darah-tinggi

Disebabkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak terurus dengan baik, ia boleh mengakibatkan seseorang individu berisiko mendapat penyakit DARAH TINGGI. Bagi sesetengah orang, ada yang telah menghidap penyakit ini seawal usia yang muda.

Bagi mereka yang mengalami penyakit ini, mungkin anda telah berusaha dengan mendapatkan rawatan dan nasihat dari doktor dengan mengambil ubat-unatan yang disarankan oleh doktor. Walau bagaimanapun, anda juga boleh mencuba mengamalkan petua tradisional ini untuk menstabilkan tekanan darah pada parah normal

Anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Ummi Hias ini.

Bahan-bahannya:

Sebiji kelapa muda yang masih berisi lembut.

3 batang serai

7 biji halba

Cara caranya:

1. Halba dan serai dititik atau diketuk sikit. Pastu masukkan dalam buah kelapa.

2. Letak atas dapur buah kelapa tadi.

3. Masak kelapa tu agak agak airnya panas. Pastu angkat dan tuang dalam cawan atau bekas.

4. Biarkn suam sikit baru minum.

CARA TRADISIONAL LAIN

1. Makan Cincau

turun-tekanan-darah

Cara makan ialah diambil setiap 2 hari sekali. Anda boleh saja makan terus. Untuk yang lebih suka jadikan minuman, anda boleh saja potong halus-halus atau kisar saja dan bancuh cincau dengan air macam biasa. Cuma pastikan “Kurangkan Gula Dalam Minuman”. Cincau banyak dijual di pasaraya dan kedai runcit dalam pelbagai paket dengan harga yang murah

2. Bawang Putih

darah-tinggi-ubat.jpg

  • Ambil beberapa ulas bawang putih dan cucikannya.
  • Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.
  • Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.
  • Minum air tersebut 3 kali sehari.

Insyallah, ia sangat bermanfaat dan memuaskan jika diamalkan selalu!


Leave a comment