Wow ! Rahsia Wanita Thailand Miliki Kulit Gebu Gebas

Kalau kita perhatikan, ramai wanita Thailand yang miliki kulit mulus, bersih dan tiada sebarang masalah kulit ! Cemburu kan?

Ya, memang cemburu apabila kita melihat kulit mereka sangat cantik dan tiada cela sekaligus menaikkan seri mereka. Rata- rata ramai yang bertanya apakah rahsia yang mereka amalkan sehingga miliki kulit yang cantik ini.

Kalau diperhatikan, banyak produk kecantikan dari Thailand dijual dipasaran. Walau bagaimanapun, ramai yang takut untuk menggunakan kerana banyak yang dikesan mengandungi bahan kimia yang tidak dibenarkan.

Tapi, disebabkan faktor ekonomi, tahukan anda bahawa ramai wanita di sana mengamalkan cara semula jadi untuk penjagaan kulit mereka.

Rupa- rupanya inilah amalam rahsia wanita Thailand miliki kulit cantik gebu.

1. Masker Betik

rahsia-cantik-wanita.jpg

Ramai wanita Thailand mengamalkan pengunaan betik sebagai masker untuk mendapatkan kulit cerah dan mulus. Betik seperti mana yang diketahui kaya dengan dengan anti oksida, vitamin C dan E yang dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kedutan.

2. Santan Kelapa

rahsia-kulit-cantik.jpg

Santan kelapa digunakan sebagai mandian yang mampu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

3. Diet Pemakanan

Sayur- sayuran amatlah dititikberatkan pengambilannya dalam diet pemakanan wanita Thailand di samping rempah-ratus dalam makanan. Sayur yang kaya dengan vitamin yang diperlukan kulit serta sistem pencernaan sangat membantu bagi mendapatkan kulit yang cantik serta tubuh badn yang langsing.

4. Kunyit

Cucian wajah dilakukan dengan menggunakan serbuk kunyit untuk mendapatkan kulit wajah yang licin dan bebas jerawat.

5. Asam jawa

Asam jawa sangat mudah didapati dan murah. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan antara kandungan utama dalam produk kecantikan dari Thailand. Antara kelebihan asam jawa ialah melembutkan kulit, mencerahkan kawasan-kawasan gelap dan membantu untuk menghilangkan parut.

Semua bahan-bahan ini sangat mudah didapati di seluruh negara kita dengan harga yang sangat murah. Tunggu apa lagi, nanti anda boleh terus saja cuba amalkan dan tengok hasilnya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s