Wajib Baca! Makan Peria Confirm Kurus

tips-kurus-sihat

Wanita patut sedar kebaikan peria dalam dunia kesihatan, tambah pula buah ini punya seribu satu rahsia untuk kekal awet muda dan merawat segala penyakit wanita. Nak tahu kelebihan lain peria? Jom semak…

1. Ramuan Terbaik Hapus Diabetes

Dikatakan peria mempunyai sifat antimikrobial, antitumor dan antiviral. Sebatian carantin, alkaloid dan peptides seperti insulin  yang terdapat dalam buah peria dikatakan mampu mengurangkan paras gula dalam darah dan tahap gula dalam air kencing tanpa meningkatkan tahap insulin darah.  Berikutan dengan tindakan hipoglisemia, dikatakan peria boleh dijadikan sebagai ramuan untuk diabetes.

2. Tinggi Vitamin C

Peria kaya dengan sumber vitamin C. Vitamin C melindungi sel-sel daripada agen bahaya radikal bebas yang terlibat dalam pembangunan kanser, penyakit kardiovaskular dan penuaan. Ia turut beri kebaikan pada sistem imun, memastikan tisu kuat melalui cara memudahkan penghasilan kolagen dan membantu menyerab besi daripada pemakanan. Secawan peria mengandungi 78 miligram vitamin C.  Ini adalah pengambilan harian   vitamin C secukupnya yang dicadangkan untuk wanita, dan 87 peratus yang dicadangkan untuk lelaki.

3. Rangsang pengambilan Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan dalam perhubungan sel dan membantu dalam pertumbuhan dan pembentukan sel baru. Ia juga mampu mengekalkan penglihatan melalui cara menyokong fungsi retina, memberi zat pada kornea dan membrane konjuktiva, tisu yang melapisi bahagian dalam kelopak mata.  Memakan secawan peria mampu merangsang pengambilan vitamin A sebanyak 15 peratus yang dicadangkan kepada lelaki dan 19 peratus kepada wanita.

4. Bagus Untuk Mata

Makanlah peria sebagai sumber lutein dan zeaxanthin, dua molekul pigmen penting termasuk dalam keluarga zat karotenoid. Seperti vitamin A, dikatakan lutein dan zeaxanthin beri kebaikan pada mata, serta berkhasiat pada retina dan lensa mata. Pengambilan sumber pemakanan mengandungi lutein dan zeaxanthin dikatakan mampu memberi kesan pada pembentukan dan perkembangan katarak. Tiada ada nilai sebenar cadangan pengambilan peria untuk mendapatkan lutein dan zeaxanthin tetapi setiap cawan peria mampu merangsang pemakanan anda sebanyak 158 mikrogram.

5. Agen Pencernaan

Selulosa adalah sumber baik serat yang dikatakan mampu mencegah sembelit. Peria mengandungi selulosa yang bertindak sebagai agen pencernaan baik dan membantu dalam merangsang perembesan jus gastrik. Ia juga mampu membantu merawat mereka yang menderita dyspepsia atau masalah pencernaan makanan yang menimbulkan rasa tidak selesa.

6. Kuatkan Sistem Imun

Dikatakan dengan meminum segelas jus peria mampu menguatkan sistem imun dan meningkatkan kuasa tubuh menentang jangkitan. Selain itu, ia dikatakan mampu memperbaiki kekebalan fungsi sel mereka yang menderita kanser.

7. Buang Lemak

Peria menggalakkan hati untuk merembes lebih jus hempedu yang diperlukan untuk memetabolisma lemak. Kalau anda mahukan bentuk badan ramping, masukkan peria dalam pemakanan seharian.

8. Rawat Masalah Haid

Ini bukan sahaja membantu merawat masalah haid dan masalah berkaitan saluran kemaluan wanita, pengambilan peria turut mampu membantu merembes susu semasa fasa penyusuan selepas kehamilan.

 

Tip Kurangkan Pahit Peria

Bahan pahit dalam peria disebabkan oleh sebatian alkaloid yang tidak toksik dinamakan momordisin. Untuk mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampur dengan garam atau direndam dalam air garam sebelum dimasak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s