Cara ‘Lentur’ Suami!!!!

 

suami_mithali 550 × 367

Tajuk je pun dh macam wow..boleh ke?mudah ke? adakah kaedahnya seperti  kita melentur anak-anak kita. Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak. Ada apa dengan ‘lelaki’ aka ‘suami’ yang membuatkan kita perlukan teknik tertentu untuk menjadi suami sempurna di mata isteri…Jom kita baca luahan ihklas serta tips-tips menarik yang boleh dipraktikkan oleh para isteri;)

”Assalamualaikum! Akak harap laa admin dapat siarkan celoteh akak nie sebabnye hari2 laa dok bace kes pasal bini memendam rase ngan laki sebab laki pemalas. Meh sini akak kongsi tips. Tapi tips nie terpakai untuk suami yg boleh ‘dilentur’. Hak yg suami ketegaq, degil, pemalas akak tak jamin ye dek non.

Akak nie dh kawen berbelas taun dek. Kawen awal. Kami dua memang kerja. Awal kawen nauzubillah, memang akak wat kerja sume sorang2. Laki akak memang takleh harap wat keje. Ditambah lagi dengan dh kuar anak sorg, akak rase akak patut wat sesuatu.

Kita orang perempuan nie dek, kalau tak puas hati ngan sesuatu, kalau nak mintak tolong, kena kuarkan dari mulut. Kalau kau basuh pinggan pastu hentak2 pinggan tu tanda ko protest sebab laki tak tolong basuh, ko ingat laki ko tu amek pusing ke? Orang laki nie, cara asuhannya lain2. Ada yang mak nya asuh cara ‘jantan’ habis yang mana memang langsung tak reti wat keje rumah. Ada yang geti wat, tapi malas. Ada yang kena bersuruh.

First ko kena tengok gaya laki ko camne dek. Macam laki akak, akak tengok dia nie boleh wat keje tapi kene bersuruh. Maaflah akak bukan queen control. Tapi nak mintak tolong kene ade adab dek. Mesti ade ayat “tolong” kat depan tu. Contohnya, syggg… nanti tolong buangkan sampah eh.. Suami nie inshaallah akan tolong. Kalau kita orang ppuan nie, kadang akak akui kalau kita mintak tolong org, mesti kita nak orang tu wat on the spot. Tapi org laki nie jenis hegeh2 kadang2 tu. Takpe. Ko kasi chan. Kalau agak dh lambat sgt tak gerak2, ko mintak tolong lagi.

Memang letih dek. Macam budak kecik, asik nak bersuruh je. Daripada ko kene darah tinggi sebab menyirap tengok laki ko terkangkang terbongkang depan tv, pastu ko kat dapo hentak2 barang tanda protest, mana satu yang ko nak dek??? Macam akak, memang akak tak manjakan laki akak sangat. Kita buat kerja sama2. Jangan tunjuk laki ko boleh buat sume dek. Ko lah yang masak, ko lah yang jaga anak, ko lah yang amek n hantar anak skolah, ko lah yang tu, ko lah yang nie. Memang panas hati dek. Boleh kena sakit jantung, darah tinggi.

Orang laki nie inshaallah boleh kita mintak tolong. Akak pernah denga masalah sorg ibu mengandung nie yang katanya laki dia taknak tolong angkat baldi air yang penuh dalam toilet padahal waktu tu tengah sarat. Pastu akak tanya, ko mintak laki ko tolong tak? Pastu dia kata tak. Sebab dia sakit ati laki tak dtg tolong, dia buat2 hempas baldi kekonon nak laki dia datang tolong. Sampai sudah laki tak datang. Ape ko ingat laki ko tu saka ke dek sampai tahu ape yang ko wat dalam bilik air kalu ko tak panggil dia? Pening akak.

Orang laki nie kadang masa bujang, pandai wat semua. Almaklum, dok bujang kena berdikari. Bila dah kawen, semua kelaut. Macam2 pesen orang laki nie dek. Kalau kau hempas2 barang, kau yang sakit ati sendiri dek. Pokok pangkalnya “tolong”. Ko jangan suruh laki ko macam takde adab, contoh “nanti dh makan basuh pinggan, pastu buang sampah”. Kan sedap kalu ko kate “sayangg.. nanti dah makan syg tlg basuh pinggan eh.. nanti tolong buangkan sampah skali. Time kasih sygg”. Kan senang tu.

Akak tak nafikan ada jenis laki yang jenis memang ati keras betul. Yang nie akak tak dapat nak bagi tips dek sebab yang akak tau, bermula dengan perkataan tolong, idup akak bahagia sangat. Takde stress dalam hidup, hidup bantu membantu. Kalau laki akak nak keluar dgn kenkawan, akak bagi je tapi dengan syarat apa2 kat rumah ktorang dh siap buat sama2.

Tu je la dek kali nie tips akak. Moga bermanfaat dan kalau ada salah silap akak, akak mintak maaf bebanyak lah ye.

– Kak nor

IIUM CONFESSIONS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s