Senaman Ringkas Orang Jepun ini Dapat Bantu Hilangkan Lemak di Perut

Pelakon Jepun, Miki Ryosuke baru-baru ini telah menemui satu kaedah yang menarik yang membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg dan ukuran pinggang sebanyak 12cm hanya dalam beberapa minggu. Ini adalah kesan daripada latihan senaman regangan belakang yang dinasihatkan oleh seorang doktor kepadanya. Yang menariknya, dia melakukan senaman ini cuma dalam tempoh 2 minit saja setiap hari.

Kami menggalakkan anda untuk mencuba teknik ini dan fahami bagaimana ia dapat membantu anda menghilankan berat badan.

senaman-kurus-mudah

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Ryosuke menamakan senaman ini “Tarik Nafas Panjang”. Teknik mudah ini cuma memerlukan anda untuk berdiri dalam suatu kedudukan, tarik nafas panjang selama 3 saat, dan menghembus kuat selama tujuh saat.

Ramai doktor dari eropah menggalakkan senaman pernafasan ini yang dipercayai dapat membantu menghilangkan berat badan. Penjelasan tentang keberkesanan senaman ini berkait dengan kandungan lemak yang mengandungi oksigen, karbon dan hidrogen. Apabila oksigen sampai ke sel-sel lemak, ia menguraikan lemak kepada komponen lain (karbon dan air). Jadi, semakin banyak oksigen yang diserap oleh tubuh, semakin banyak lemak akan dibakar.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

kurus-perut-buncit-petua

Lakukan senama ini setiap hari dalam tempoh 2-10 minit untuk merasakan kesannya.

  • Berdiri, dan langkah salah satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang
  • Tegangkan otot punggung anda dan pindahkan berat badan anda kepada kaki yang dibelakang
  • Mulakan tarik nafas selama 3 saat, dan angkat tangan anda ke atas
  • Kemudian, hembus nafas anda dengan kuat dalam tempoh 7 saat dengan menegangkan otot-otot anda.

Menurut pakar, teknik ini juga mampu menguatkankan otot badan anda dan meningkatkan metabolisma anda. Selamat mencuba!

sumber: Brightside

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s