Bertahun-tahun Wanita di Malaysia Tertipu dengan ‘Founder’ Produk Kecantikan

Sekarang ni antara isu yang sedang tular adalah kes skincare yang dulunya gah tapi dah terbukti mengandungi bahan-bahan yang bahaya dan merosakkan kulit. Saya yakin ramai yang sedia maklum dengan kewujudan krim kilo, tapi berdasarkan komen-komen di kebanyakan pos yang tular di media sosial sekarang nampaknya masih ramai juga yang tidak terdedah dengan hal ini.

Krim-Kilo-Skincare-kecantikan

Apa itu krim kilo?

Krim kilo ni rakan-rakan, adalah krim kecantikan yang dihasilkan di negara jiran, dan jual secara kilo, timbang kati, untuk dibeli oleh golongan yang ingin menjadi jutawan skincare dalam masa singkat. Rakan-rakan boleh buat carian #krimkilo di instagram, dan ribuan gambar akan muncul, Boleh la kamu semua saksikan sendiri rupa krim-krim tersebut yang dijual dalam tub plastik, ikat jerut macam tu saja tanpa sebarang perlindungan. Boleh tengok sendiri juga kepelbagaian warna krim-krim tersebut. Meraj hambu, hijau, jingga semua ada. Pencuci muka papaya? YA, boleh beli kilo-kilo juga, Jual dalam botol besar sahaja. Sabun? Hah, pilih la nak warna apa, siap tabur serbuk kilat-kilat lagi.

Kebanyakan founder skincare akan kata, “produk kami diformulasikan oleh pakar” atau seangkatan dengannya. Tapi kalau betul diformulasi secara bertauliah, di mana kilangnya? Di mana makmalnya? Memang la tak berani letak alamat kilang dan sebagainya, sebab memang tak ada pun. Duduk bersila di ruang tamu, cedok krim entah lah dengan utensil apa, masukkan dalam bekas (yang boleh dibeli secara borong diatas talian), lekat sticker, siap! Satu kilo krim dibeli dengan harga RM500 (ada pelbagai harga. Foundation selalunya lebih mahal), tapi repack semula dalam bekas 5gm, boleh dapat 200 bekas. Satu bekas jual RM28, dapat RM5600. Ya, untung sehingga RM5100, baru untuk satu jenis krim. Kalau jual sebekas RM35, kan da beribu-riban untung? Kalau jual satu set? Krim siang, krim malam, pencuci muka, sabun sebiji, memang la kau jutawan dah. Sekarang dah faham kan kenapa orang sanggup beli krim kilo dan pasarkan di Malaysia?

2. Dah banya kali kan kita baca berita pasal local skincare yang bila kita berhenti pakai, tiba-tiba jerawat naik penuh muka. Banyak kali jugak terbukti ada bahan merbahaya seperti merkuri dan sebagainya. Kenapa nak pakai lagi?

3. Pengasas produk rebrand sangat gemar mempromosikan produk mereka sebagai “100% natural”. Tapi kalau warna dah sampai jingga terang benderang tu, natural apanya nya lagi? Asal ada bendasing, mana boleh kata “natural”. Berdosa menipu pelanggan.

4. Sabun natural? Sabun, jika dibuat menggunakan “fragrance oil”, memang tidak natural ya. Tapi kesemua sabun krim kilo menggunakan fragrance oil, kerana fragrance oil lebih murah. Sebotol RM5 boleh buat 100 biji sabun. So berapa sen sangatlah harga sebiji sabun yang korang beli dengan harga RM10 (ada juga yang jual dengan RM50) tu. Sabun natural, dibuat dengan menggunakan essential oil, yang harganya boleh mencecah RM80 sebotol. Sebab tu sabun natural mahal ya. Itu harga kualiti dan keselamatan.

5. Cara pengasas handle produk pun tidak terjamin. Kalau dibuat di kilang pun kadang-kadang masih diragui, apatah lagi yang dicedok menggunakan sudu sahaja di rumah, kan lebih ngeri?

6. Tarikh luput produk pula bagaimana? Produk skincare yang berjenama selalunya tarikh luput dikira 12 atau 18 bulan dari hari penutup dibuka. Tapi kalau produk krim kilo? Tarikh pengasas buka plastik ke? Buka tutup buka tutup beg plastik tu nak cedok krim (ya lah, tak ada kilang atau makmal), tarikh mana yang para pengguna patut ikut?

Krim-kilo-tempatan-skincare-kosmetik

7. Ada pengasas yang sentap. Katanya pengguna berkira, pengguna tak mahu support produk tempatan yang tiada nombor KKM. kepada pengasas sekalian, selipar kalau putus, kita boleh beli baru. Tapi muka ada satu saja. Kalau rosak, siapa nak ganti. Sebab tu semua orang berhati-hati dan berkira dan beli produk yang tiada kelulusan.

8. Jangan ingat skincare sahaja dijual secara timbang kati. Kosmetik juga ya. Nama pun entah apa-apa. Hanya Produk rebrand boleh biat perkara macam ini. Jenama dan syarikat yang betul-betul wujud akan ada orang yang betulkan nama yang dipilij sebelum dipasarkan.

9. “Kalau ada KKM, boleh percaya la kan?” Saya nasihatkan jangan pernah henti berhati-hati. Sebab semua krim yang tiba-tiba terbukti ada merkuri, satu etika dulu ada KKM juga. Beli lah jenama yang memang dikenali dan terbukti selamat.

9. Krim kilo, juga dikenali sebagai local skincare (bukan semua) memang berleluasa di Malaysia. Cara nak kenal? Selalunya ada krim sinag krim malam, sabun sebiji, kadang-kadang tambah serum, facial cleanser, dan semuanya berwarna-warni. Mohon hati-hati ya, di negara lain tak ada krim siang krim malam ni. Kalau dah ada brand dengan nama yang diyakini stabilnya, kenapa nak beli yang nama pun nampak sangat sambil-sambil tidur ja pilih? Siap ada salah tatabahasa lagi.

10. Nak sokong produk tempatan? belilah yang memang selamat, yang dijual di farmasi dan drugstore (Watsons, Guardian cth). Ada sebab kenapa krim kilo tak dapat dipasarkan di farmasi atau drugstore. Farmasi dan drugstore tentu ada piawaian sendiri dan tak mungkin memasarkan produk sebaranag yang bahaya.

serum-kilo

Jadilah pengguna yang bijak. Dah terlampau banyak kes salah pakai skincare. Belilah yang dijual di farmasi dan drugstore, dijamin selamat. Bukanlah tujuan saya untuk menutup periuk nasi para pengasas skincare krim kilo, tapi hanya ingin membantu rakan-rakan supaya tidak terjebak denga produk-produk yang membahayakan kulit dan kesihatan.

Terima kasih

 

credit: Kek Keju (Ohmymedia.cc)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s