Doa Menghindari Wabak Penyakit

Sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti denggi, selsema babi dan burung, H1N1,  H7N9, SARS dan yang terbaru MERS-CoV. Sebaiknya kita Umat Islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini. Sesungguhnya setiap bala dan virus yang Allah سبحانه وتعالى utuskan tidak akan menimpa seseorang melainkan dengan qada’ dan qadar dari Allah سبحانه وتعالى jua.

Berikut adalah Doa Menghindar Wabak Penyakit daripada Dato’ Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Caranya: Baca doa ini sebanyak 3 kali pada setiap pagi dan petang.

doa-hindar-penyakit

“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada  Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”

 

Kita tidak boleh memohon kepada  Allah سبحانه وتعالى untuk menghapuskan Wabak dan segala  penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah سبحانه وتعالى tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى dari segala  wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah سبحانه وتعالى tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah سبحانه وتعالى maka terimalah kerana Allah سبحانه وتعالى Maha Adil. Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik,kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah سبحانه وتعالى telah putuskan.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
credit: shafiqolbu
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s