“Jangan Murung” – Wanita Ini Kongsikan Untuk Elak Menderita Kanser Pada Usia Muda

kemurungan_kanser

APA ITU KANSER?

Kanser adalah salah satu jenis penyakit dimana pertumbuhan sel-sel yang tidak normal berlaku di dalam badan. Semuanya bermula kerana mempunyai tahap immuniti badan yang lemah dan kegagalan untuk berfungsi dengan baik. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza dengan pertumbuhan sel yang lain. Hal ini kerana, sel-sel kanser tidak akan mati malah akan terus berkembang dan membentuk sel-sel yang baru yang tidak normal. Bagi anda yang mempunyai sistem immunisasi yang kuat dan sihat, maka agak sukar untuk tubuh badan anda dijangkiti oleh kanser.

punca_kanser

Melalui perkongsian dari Puan Sri Diah Shaharuddin di dalam laman Facebooknya, beliau ada menasihatkan para wanita, kaum keluarga serta suami untuk menjaga emosi pesakit kanser ini. Kenapa? Kalau nak tahu, jom kita baca dengan lebih mendalam supaya dapat dijadikan panduan pada masa hadapan.

HAL ANTARA HIDUP DAN MATI

Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Perhatikan angka-angka ini:
S – 33 tahun – kanser payudara
M – 32 tahun – kanser payudara
M – 35 tahun – kanser servik
E – 33 tahun – kanser kelenjar
Z – 44 tahun – kanser hati & servik
M – 40 tahun – kanser payudara & tulang

penyebab_kanser

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak. Satu hal penting perlu dicatat – mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka. Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

EMOSI PERLU DIJAGA

cegah_kanser

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran. Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan. Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

peringkat_kanser

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah. Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri.  Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Dr Zubaidi Hj Ahmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

Sumber Facebook : Sri Diah Shaharuddin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s